Terma penggunaan
Event BijakMedia ("perkhidmatan") disediakan oleh BijakMediaMY secara percuma sebagai inisiatif komuniti. Dengan mendaftar, anda bersetuju dengan terma berikut.
Penganjur
Anda bertanggungjawab sepenuhnya ke atas acara anda: ketepatan maklumat, pelaksanaan acara, pemulangan wang, dan pematuhan undang-undang (termasuk permit, cukai dan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 bagi data peserta yang anda kumpul).
Penganjur memilih satu daripada dua cara kutipan:
Akaun CHIP sendiri. Bayaran diproses oleh CHIP menggunakan akaun anda. BijakMediaMY tidak memegang, menerima atau memulangkan wang tersebut. Pertikaian bayaran diuruskan antara anda, peserta dan CHIP.
Kutipan melalui akaun CHIP BijakMedia
- BijakMediaMY mengutip bayaran tiket bagi pihak anda melalui akaun CHIP kami, dan memindahkan jumlah bersih ke akaun bank yang anda daftarkan dalam 2 hari bekerja selepas setiap bayaran. Cuti umum boleh melewatkan pemindahan.
- Caj RM3.00 bagi setiap tiket dibayar (termasuk caj CHIP) ditolak sebelum pemindahan. Harga minimum tiket berbayar ialah RM5.00. Tiket percuma tidak dikenakan caj.
- Akaun bank mestilah atas nama penganjur. Pertukaran akaun memerlukan kata laluan dan dimaklumkan melalui emel.
- Bayaran dibuat melalui FPX (perbankan dalam talian) sahaja.
- Tiada pulangan wang. Semua bayaran tiket yang dikutip melalui akaun CHIP BijakMedia adalah muktamad dan tidak boleh dipulangkan oleh BijakMediaMY, termasuk jika peserta meminta pulangan atau acara dibatalkan. Sebarang pulangan kepada peserta adalah tanggungjawab dan urusan penganjur sendiri, di luar Event BijakMedia. Penganjur hendaklah memaklumkan dasar ini kepada peserta.
- Kami boleh menangguhkan pemindahan jika terdapat aduan, caj balik (chargeback), maklumat palsu atau syak penipuan, sehingga isu diselesaikan.
- Anda kekal bertanggungjawab sepenuhnya ke atas acara, maklumat yang diberikan kepada peserta, dan sebarang pemulangan wang.
Ganjaran rujukan CHIP
Penganjur yang membuka akaun CHIP baharu melalui pautan rujukan BijakMedia layak menerima 3 bulan Penyokong percuma, sekali bagi setiap akaun CHIP, selepas kami mengesahkannya dengan CHIP.
Dilarang menggunakan perkhidmatan untuk acara palsu, penipuan, skim cepat kaya, perjudian, kandungan lucah atau menyalahi undang-undang. Kami boleh menggantung akaun tanpa notis jika berlaku penyalahgunaan.
Peserta
Kontrak pembelian tiket adalah antara peserta dan penganjur. Soalan tentang acara, pembatalan atau pemulangan wang hendaklah diajukan kepada penganjur. Bagi acara yang bayarannya dikutip melalui akaun CHIP BijakMedia, bayaran tiket adalah muktamad dan tidak boleh dipulangkan melalui BijakMediaMY.
Pelan Penyokong
Bayaran Penyokong ialah sumbangan untuk tempoh tetap dan tidak dipulangkan. Had pelan Percuma boleh berubah dengan notis di laman ini.
Had liabiliti
Perkhidmatan disediakan "seadanya". Kami berusaha menjaga ketersediaan dan keselamatan, tetapi tidak bertanggungjawab atas kerugian akibat gangguan perkhidmatan. Sila muat turun senarai peserta (CSV) sebelum acara penting.
Kemas kini: Oktober 2026.