Notis privasi
Notis ini menerangkan cara Event BijakMedia mengendalikan data peribadi selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
Data yang dikumpul
Penganjur: nama, emel, maklumat organisasi dan kunci CHIP (disulitkan). Peserta: nama, emel, telefon dan jawapan borang yang ditetapkan oleh penganjur, serta rekod bayaran dan daftar masuk.
Tujuan
Data peserta digunakan untuk pendaftaran, tiket, daftar masuk, sijil dan komunikasi berkaitan acara tersebut sahaja. Data peserta boleh dilihat oleh penganjur acara berkenaan. Kami tidak menjual data dan tidak menghantar promosi kepada peserta.
Pemprosesan bayaran
Bayaran diproses oleh CHIP (CHIP In Sdn. Bhd.). Kami tidak menyimpan maklumat kad atau perbankan anda.
Penyimpanan
Data disimpan di pelayan di Malaysia dengan sandaran harian. Penganjur boleh memadam acara tanpa peserta; permintaan pemadaman lain boleh dibuat melalui WhatsApp kami.
Hubungi
WhatsApp: 018-355 5622