Pendaftaran acara yang siap dalam 10 minit.

Kursus, ceramah, larian, bengkel atau majlis sekolah. Peserta daftar dan bayar dari telefon, dapat tiket QR dalam emel, dan anda imbas di pintu. Terima bayaran melalui akaun CHIP anda sendiri, atau biar kami kutip dan pindahkan ke bank anda.

Percuma untuk 1 acara dan 50 peserta. Tiada caj dari kami jika guna akaun CHIP sendiri.

Dari pautan acara ke sijil penyertaan

Semua yang penganjur kecil perlukan, tanpa borang Google, tanpa semak resit satu per satu di WhatsApp.

  1. Cipta acara

    Tarikh, tempat, banner dan jenis tiket. Tambah soalan sendiri seperti saiz baju atau no. IC.

  2. Kongsi pautan

    Hantar di WhatsApp atau cetak poster ber-QR. Peserta daftar dan bayar FPX, kad atau e-wallet.

  3. Imbas di pintu

    Buka pengimbas dari telefon anda, atau beri pautan pintu kepada petugas sukarela.

  4. Keluarkan sijil

    Peserta yang hadir terima e-sijil PDF yang boleh disemak keasliannya.

💳Pilih cara terima bayaran

Sambung akaun CHIP sendiri (tiada caj dari kami), daftar CHIP baharu melalui kami dan dapat 3 bulan Penyokong percuma, atau guna akaun CHIP BijakMedia: RM3.00 setiap tiket, dipindah ke bank dalam 2 hari bekerja.

🐦Early bird & kod diskaun

Beberapa jenis tiket dengan kuota, harga awal yang tamat sendiri, dan kod promo untuk ahli atau rakan.

📝Borang ikut acara

Pilihan, kotak tanda, tarikh atau No. IC. Semua jawapan boleh dimuat turun sebagai CSV.

📱Tiket QR

Tiket PDF dan pautan dalam emel, siap dengan butang WhatsApp dan tambah ke kalendar.

🚪Daftar masuk pantas

Imbas QR dengan kamera telefon. Amaran jika tiket sudah digunakan atau belum dibayar.

🎓E-sijil

Sijil penyertaan automatik dengan nombor siri dan QR semakan. Penyokong boleh letak tandatangan.

Percuma

RM0

Untuk acara komuniti dan percubaan.

  • 1 acara dibuka pada satu masa
  • Sehingga 50 peserta setiap acara
  • Tiket QR, daftar masuk, e-sijil, CSV
  • Bayaran FPX, kad & e-wallet melalui CHIP
Mula percuma

Penyokong 💚

RM15 / 3 bulan

Untuk penganjur yang buat acara setiap bulan.

  • Acara dan peserta tanpa had
  • Warna jenama, tanpa promo di tiket
  • Tandatangan pada e-sijil
  • Baucar RM100 untuk laman web dari BijakMediaMY
Ketahui lanjut